Pemuda Idaman MuslimahBiarlah dia seorang yang butaKerana matanya sunyi
dari melihat perkara-perkara maksiat dan laghah
Kerana kedua matanya terpelihara
dari memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang
dalam memerhati keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat
kesengsaraan umat Islam
di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya
Biarlah dia seorang yang bisuBisu dari pujuk rayu
yang bisa mengoncang keimanan
Bisu dari mengungkapkan ungkapan
yang bisa meracun fikiran
Bisu dari perkataan
yang bisa mengundang kekufuran
Asalkan bibirnya
sentiasa basah mengingati Tuhan
Asalkan lidahnya
tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
dan dia lantang menyuarakan kebenaran
Biarlah dia seorang yang bakhilBakhil dalam memberi senyuman
pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa
untuk membuat temujanji
dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya
kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah
meluangkan masanya
untuk beribadah dengan Khaliqnya
Dia begitu pemurah
untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
bahkan nyawanya
demi melihat kalimah syahadah
Kembali megah di muka dunia
Biarlah dia seorang yang papaPapa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah
dan tidak bermanfaat
Papa memiliki akhlaq mazmumah
Tetapi dia cukup kaya
dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq
dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar
dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya
dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada
yang syahid di jalan Allah