Monday, November 24, 2008

just some thoughts...

some random questions to ponder & hopefully it will motivate all of us....

will there finally be a 42-pointer student from M07J?

will that girl be able to get 7 for Biology HL for the third time consecutively?

will that guy/girl finally get 7 for Malay SL?

will ms azizah be happy with our marks?

will our class still be the top class for Malay, Math & Econ SL?

will we be able to tackle Malay Paper 1 and Math Paper 3 for the first time?

will that guy/girl finally score 7 in language subjects?

will that guy/girl finally score 7 for HL subjects?

will we ameliorate?

will we fall?

will we still get third?

and finally...

will we be the TOP CLASS for SEM 3? Insya-Allah... ;)

ALL the BEST!

Friday, November 21, 2008

Sem3 Examination Schedule




27 November (Thursday)
  • Mathematics HL Paper 1 (08.30-10.30)
  • Mathematics HL Paper 2 (11.00-13.00)
28 N0vember (Friday)
  • Economics SL Paper 1 (08.30-09.30)
  • Economics SL Paper 2 (10.30-12.30)
1 December (Monday)
  • Malay SL (08.30-10.00)
2 December (Tuesday)
  • Chemistry HL Paper 1 (08.30-09.30)
  • Chemistry HL Paper 2 (10.00-12.15)
3 December (Wednesday)
  • English SL Paper 1 (08.30-10.00)
  • English SL Paper 2 (10.30-12.00)
4 December (Thursday)
  • Biology HL Paper 1 (08.30-09.30)
  • Biology HL Paper 2 (10.45-1.00)
5 December (Friday)
  • Pendidikan Agama Islam (08.30-09.45)
  • Mathematics HL Paper 3 (10.30-11.30)

gud luck!
gentleman,start ur engine!

Thursday, November 20, 2008

ErTI BerSaHAbat...

Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa..
tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan
yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa
kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang
untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia
sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya
seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?Dapatkah kita yakinkan dia
bahawa kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar
bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia;
dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu..
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Sumber:http://ukhwahfillah.wordpress.com/

(Promoting My Blog)

Wednesday, November 19, 2008

KALAU KAIL PANJANG SEJENGKAL…

Orang dulu-dulu selalu kata, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Mungkin bunyinya sangat cliché, tapi memang ada benarnya. Kita manusia dikurniakan akal, kepandaian dan juga keinginan. Namun semuanya berbeza-beza antara seorang manusia, dengan manusia yang lain. Variasi ini yang membuatkan hidup kita di dunia ini lebih harmoni, dan mampu mencapai keseimbangan yang hakiki. Ape yang aku merepek ni. Kita sepatutnya tahu ape kebolehan kita. Sejauh mana kita boleh memacu diri kita dalam dunia yang fana (bukan farhana) ini. Hanya kita sendiri yang tahu potensi kita Maka disinilah pepatah kalau kail panjang sejengkal itu memainkan peranan. Kalau kita tau potensi kita hanya tak lebih daripada secangkuk kail (macam aku), maka lautan Pasifik yang mengelilingi kepulauan Britain tu tak payah la cuba kita dugai. Bukan apa, cuba takut kail tu patah je sebelum sempat mencangkuk ikan2 besar dalam lautan luas tu. Lebih-lebih lagi kalau hanya kail itu sahaja yang kita mampu ada. Hanya satu kail kecil itu sahaja pemberian Ilahi untuk kita. Maka bila kail itu patah dalam cubaannya, maka hancurlah hati kita. Musnahlah harapan kita untuk mengintai kelibat Cristiano Ronaldo mahupun Robinho. Sudahlah hanya itu yang kita ada, patah lagi pulak. Pada masa itu mulalah kita menyesal kerana tidak mencuba kail itu di sungai Penang, sungai Ganges ataupun sungai Pragueyang kurang sikit kedalamannya dari lautan bergelora Selat Inggeris. Tiada U turn untuk kita, kerana apa yang kita ada, telah tiada. Penyelasan tiada guna, airmata darah sekalipun yang tumpah, tiada bezanya. Begitu hebat orang tua-tua dalam menasihati golongan muda. Bila kita tidak mendengarnya, kita terpaksa membayar dengan harga yang mahal...

Antara aku, Isam & Hatim.....

Ada sorang ahli ibadah namenye Isam B Yusof.
die sngt khusyuk dlm solat tp sentiasa merasakan solatnye x khusyuk..therefore die ske tnye org cmne nk khusyuk solat.
one day die g majlis ilmu yg dikendalikn oleh sorng bdk, Hatim al Isam.

Isam: Wei camne ko solat?
Hatim: Bile masuk waktu ak wudhu' zahir n batin
Isam: Eh mcm mne tu???
Hatim: Larr..senang je. Wudhu' zahir mcm bese r..basuh anggota wudhu' dgn air.
utk wudhu' batin ko kne basuh anggota dgn 7 perkara..
Isam:ape die 7 tu???
Hatim: 1- bertobat
2-menyesal dgn dosa yg dilakukan
3-x gila2 kn dunia (zuhud)
4-x cari atau harap kan pujian org ( riya' )
5-tinggalkan sikap bangga
6-tinggalkan sikap khianat dan menipu
7- tinggalkan sikap dengki
Isam: Ooo....
Hatim: lepas tu ak g masjid, hadap kiblat dan diri dgn peuh kewaspadaan. Kemudian:
- ak bayangkan Allah kat dpnku
- syurga dikananku
- neraka dikiriku
- malaikat maut di depan ku
- dan ak seolah olah berada di atas titian Siratol mustaqim
- ak anggap yg solat ini adalah solatku yg terakhir, kemudian ak niat dan takbir dgn baik.
Hatim pun bercerita dgn semangatnye..hatim kt lg:

"Setiap bacaan dan doa dalam sholat kupahami maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhu. Aku bertasyah-hud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersholat selama 30 tahun, sebagaimana firman Allah, "Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan." (QS. Al An’am 6: 79)"

Isam mendengar dengan penuh takjub, menangislah dia karena membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.


****** lps bc cerita nie, ak teringt yg ak ni cme pas wudhu' zahir....tu pon x sempurna. Wudhu' batin ku x lengkap!!!! klu wudhu' ak x sempurna mcm mne ak nk khusyuk..Isam B Yusof yg kuat ibadah pun mencari kaedah utk khusyuk tp ak yg selalu kantoi subuh.....ahhh... dimanakah tempatku disana kelak..
Wudhu' batin...ak bertobat tp x pernah menyesali dosaku, apakh nilai tobatku??? ak seorng yg zuhud??? snggup stay up memalam sbb IB pnye psl, subuh ak lesap...sanggup jaga mlm stdy HL subjek tp xsanggup utk stdy al-quran.Kaji novel malay sehingga tau muka surat bpe n pengajaran pe yg ingin disampaikn pengarang, tp xtau mke surat bpe, ayat bpe n surah pe Allah bgtau pengajaran dlm al-Quran...zuhud kah ak??
****************SEKADAR SUARA HATI ORANG YANG POST********************

#### cite nie ayt nye ak ubah skit supaya x skema sngt...nanti boring lak nk bace

Silent Sorry

The only word that I can say is sorry,
I am so scare,
It is very cold and the space is too narrow,
I even can't breath,
It maybe too late,
But l don't care even you listen or not,
But the only word left that I can say is sorry.

Sorry for my hursh words,
Even my wrong manners.

It just sorry that I can say,
Even you can't here it,
But the only word that I always say is,
sorry.

They come again,
and I will beat up again,
Even how loud I scream,
You can't even here me,
The only word that I will say,
sorry.

I am waiting for the day,
where He starts to judging,
I am prepare to face it,
Your claim toward my wrong to you,
I am prepare for my faults,
Even when we will walk on opposite direction,
I will always say sorry,
even you can't here it..



Tuesday, November 18, 2008

Tiada peluang ketiga....

aduhai sahabat...
ambil la pengajaran dari blog yang lepas..
kutuk,perli,umpat,dengki n cari masalah...
bende2 ni xboleh ke korang ilangkan??
kalau korang xboleh nak ilangkan bende2 ni
xd gune pon blog ni dibuat..
maybe sebab sikap2 ni la kenape blog kita yg lepas tu ad orang delete...
korang dah diberi peluang kedua,
che buat balik blog ni sebab nak korang berubah n stop post bende2 yang boleh menyakitkan hati orang lain..
manusia ni semua same je
kalau kita xske orang lain perli2 kita dalam blog ni,
orang lain pun rase bende yang same jugak
b4 nak post bende2 yang leh timbulkan masalah ni
fikir dlu ape kte rase kalau orang lain yang post bende2 2
peluang pertama nak jayakan blog ni dah gagal..
n kita dah diberi peluang kedua..
kalau yang ni pon gagal habis lah
ingat sahabat..
tiada peluang ketiga....
ape salah nye kita hidup ngan aman kat kelas ni
lagi 1 sem lebih
lepas 2 dah habis ib dah
xboleh ke nak baik2 utk 1 sem lagi ni??
kte dah bersame 1 tahun
xkn xkenal lagi kot kawan2 korang ni..
bende yg dorang buat 2 bende2 yang kite buat jugak..
xd bezanye pon...
so chill la utk 6 bulan ni..
ingat,
xd peluang ketiga wahai sahabat...

Monday, November 17, 2008

Tasamuh



Salam sahabat-sahabat, ada yang bertanya saya, adakah saya memahami apa itu berlapang dada. Sememangnya, saya tiada ilmu yang cukup tentang berlapang dada. Maka saya search dalam internet dan jumpa artikel nih. Alhamdulillah, saya makin faham dengan konsep berlapang dada. Mari, sama-sama faham konsep berlapang dada.

p/s: Penulis adalah seorang yang berpolitik. Jadi huraiannya agak kearah politik, tapi memang ia masih menjelaskan perkara pokok dengan jelas..Maka berlapang dada lah yek?

Salah satu punca yang menyebabkan umat berterusan dihinggapi wabak perpecahan sehingga berterusan diperkotak-katikkan musuh ialah kerana terhakisnya nilai tasamuh dalam diri. Tasamuh ialah sikap berlapang-dada yang tercerna dalam jiwa seseorang sehingga terzahirnya sikap mudah memaafkan kesalahan orang lain bahkan bersedia menerima perbezaan pendapat dengan hati terbuka.

Sikap tasamuh merupakan cerminan keperibadian mukmin sejati yang menjadi tonggak kekuatan umat Islam satu ketika. Bahkan nilai tasamuh jugalah yang telah memartabatkan umat Islam hingga dihormati kawan mahupun lawan di seantero dunia.

Malangnya sikap tasamuh semakin terhakis daripada jiwa dan peribadi umat hinggakan yang lebih terbudaya ialah sikap keras atau taksub kepada satu-satu pendirian sehingga langsung tidak memberi ruang kepada pandangan berbeza. Lebih menyedihkan apabila perbezaan pendapat seringkali ditanggapi secara negatif sehingga tergamak membakar jambatan ukhuwah sesama Islam.

Fenomena ini kian membarah dalam masyarakat Islam ketika ini terutamanya dalam senario kerangka politik kepartian. Masih ramai yang terjerat dengan pemikiran politik partisan yang sempit dan jumud. Politik partisan yang dimaksudkan ialah politik memihak yang bukan pada prinsip kebenaran dan keadilan tetapi berasaskan sentimen assabiah melulu sehingga terhalangnya pertimbangan rasional dan objektif dalam menilai sesuatu perkara.

Keadilan

Politik partisan yang melulu ini turut meranapkan nilai keadilan kerana sesuatu pendirian yang ingin dilakukan bukanlah sangat berasaskan ‘siapa yang benar’ tetapi lebih terjurus kepada soal ‘dia orang siapa’. Akhirnya wujud kecenderungan melampau untuk mempertahankan kelompok sendiri tidak kira betul atau salah.

Gejala seperti inilah yang menghancurkan nilai-nilai tasamuh atau berlapang-dada sehingga tidak boleh lagi menerima pandangan berbeza lantaran terlalu terikat dan taksub dengan sentimen kelompok. Apa sahaja pandangan yang datang daripada kelompok sendiri dianggap benar semuanya manakala yang lahir daripada kelompok lain disanggah dan diperlekehkan.

Sebenarnya fenomena perselisihan umat yang berlaku ketika ini pernah diperdebatkan oleh para sahabat Nabi s.a.w.. Pernah satu hari, Saidina Umar r.a. bertanya kepada Ibnu Abbas r.a.: “Mengapa berselisih umat ini, sedangkan nabinya satu dan kiblatnya pun satu?" Seorang lagi sahabat bernama Said bin Mansur turut menambah: “Dan Kitabnya pun satu”.

Maka berkata Ibnu Abbas: “Ya Amirul Mukminin! Sesungguhnya telah diturunkan kepada kita al-Quran, maka kita membacanya dan mengetahuinya untuk apa ia diturunkan. Walaubagaimanapun kaum selepas kita membaca al-Quran tetapi tidak mengetahui untuk apa ia diturunkan, maka tiap-tiap kaum mempunyai pendapat sendiri; dan apabila terjadi demikian berselisihlah mereka”.

Imam As-Syatibi dalam buku karangan Abu Ubaid bertajuk Fadhail Al-Quran mengulas kenyataan Ibn Abbas tersebut. Katanya: “Apa yang dikatakan Ibn Abbas itu adalah benar, kerana apabila seseorang mengetahui untuk apa diturunkan sesuatu ayat atau surah itu, maka tentunya ia mengetahui kedudukan, takwil dan maksudnya, maka ia tidak pula melampaui batas padanya.

Tetapi bila ia jahil untuk apa sesuatu ayat atau surah itu diturunkan, maka lahirlah beberapa pendapat. Tiap-tiap orang mempunyai pendapat yang berbeza, sedangkan mereka tidak mempunyai kematangan ilmu yang dapat memimpin mereka kepada kebenaran. Akhirnya mereka sesat dan berkecenderungan menyesatkan orang lain.”

Memang tepat sekali ulasan dan analisis Imam Syatibi di atas. Kalau kita perhatikan senario umat Islam di Malaysia khususnya, terjadinya perpecahan banyak terkait kepada soal perselisihan mengenai isu-isu agama yang difahami dalam kerangka yang dangkal. Lebih malang lagi apabila isu-isu agama ditanggapi daripada kacamata parti dan bukannya berasaskan seluhan ilmu yang sahih.

Hakikat yang nyata, Islam tidak pernah menghalang perbezaan pandangan. Islam juga tidak sesekali menyekat kepelbagaian aliran pemikiran. Bahkan Islam menggalakkan umat agar memaksimumkan keupayaan akal kurniaan Allah untuk sentiasa berfikir dan bersikap kritis dalam menanggapi sesuatu perkara. Namun apa yang lebih mustahak, setiap perbahasan haruslah berpandukan ilmu dan fakta sahih, di samping menjaga adab dan tatasusila yang dianjurkan oleh syarak.

Perdebatan

Umum mengetahui bahawa perbahasan dan perdebatan adalah amalan tabii dalam mencari kebenaran yang pastinya wujud dalam realiti kerencaman pendapat dan kepelbagaian aliran pemikiran manusiawi. Ia juga adalah manifestasi kesuburan akal insan yang memerlukan proses lengkap-melengkapi antara satu sama lain bagi menatijahkan kehidupan yang lebih sempurna.

Apa yang pasti, perdebatan dan perbahasan dalam Islam mempunyai makna dan pengertian yang cukup besar dan kudus. Matlamat perdebatan dalam Islam bukan sekadar pentas meraih sokongan membuta tuli. Perbahasan juga tidak harus dijadikan amalan mencetus sentimen amarah atau benci. Lebih malang lagi sekiranya perbahasan hanya sekadar forum adu-domba dan kata-mengata tanpa sebarang resolusi.

Sebaliknya perbahasan dan perdebatan dalam Islam hanya bermatlamatkan mencari kebenaran dan keadilan. Sebab itulah Islam menggariskan dengan jelas prinsip, nilai dan adab-adab yang harus dipertahankan dalam perdebatan sebagaimana terumus dalam Surah an-Nahl ayat 125: Berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik.

Justeru, umat harus belajar bersikap tasamuh atau berlapang dada dalam menerima pandangan berbeza. Janganlah kerana perbezaan fahaman politik kita sanggup menggadaikan prinsip keadilan yang menjadi tunjang agama. Janganlah disebabkan berbeza parti kita menafikan kebenaran hanya kerana yang menzahirkannya bukan daripada kelompok sendiri. Mudah-mudahan umat akan lebih matang hingga bersedia menerima kepelbagaian pendapat dengan hati yang terbuka.

Saturday, November 15, 2008

of backstabbers and betrayers

it's time to start off a little controversy...

this post is about me not anyone else. so, lapang dada dulu. ok, baru boleh baca...

Date: 13th Nov 2008
Time: Bio double period
Location: PSP or LRC

It was a very fine day until i see akmal came to me and asked me to see Ms Iliani (my beloved teacher and mentor). There I go, climbing up the blue stairs and trying to find my teacher. I spotted her. When I reached the table I saw my name with a circle marked on my attendance. Well, that's ok. Teacher can always correct it back until she said:

Ms Iliani: THEY say you have have something about MPP.

The moment I hear this, I began to get angry and I feel like creating a fire so that I can destroy things. I responded,

Me: No, that was supposed to be during free time.

Then, my anger began to grow immense and immediately asked,

Me: Who said it? (I was barely controlling my anger and my eyes were very focussed like a ferocious lion ready to attack a vulnerable deer)

Ms Iliani: That's a secret.

Me: Ok.

Ms Iliani definitely gave the best answer. Revealing the name would only cause much disaster. I was so angry at that time and wanted to post something in our class blog and the title "of backstabbers and betrayers" came across my mind. Tp, jgn fikir bukan2 pulak.

Ok, now let's reflect ourselves. Don't ever make assumptions or speculations if you don't know the truth. Well, you might heard me saying, "I have some MPP stuff to do" or something like that and when Ms Iliani asked, you might responded, "Adlan said something about MPP" or "MPP kot" or anything of that sort.

Teacher would only hear the word MPP and with my absence, she would use that as a reason of why I wasn't in the LRC. The effects?
-Adlan ponteng
-nama buruk kt mpp
-byk lg.

I know you might just say something like, "I think.." or "I guess.." or "I heard.." or etc. But you're not sure right? So, don't say the thoughts that clouded your minds. Just say "I'm not sure."

Dan fitnah lebih kejam daripada pembunuhan (2: 217)

And, to the person(s) who told teacher about me, don't even bother to apologize, it's not your fault actually. And don't even dare to reveal who you are. You would make things more awkward. Seriously, don't.

And hanis just came and see me and he was really frustrated that Miss World, nenek saudara tiri belah bapa ang mentioned his name. Well, you might say it's just a question but once again org akan buat cerita whether it is true or not. Bende ni blh menyebabkan org malu which is same as ME when Ms Iliani said that I skipped class for mpp stuff. Malu kot. Merah muka masa turun tangga kt lrc tu. Hehe..

Ha, sikit lg ada la lg org ckp, eeee, adlan ni, bende kecik pun nk besar2kan. pastu org attack dkt comments. mcm2 lg la.

Manusia mmg x terlepas dari buat dosa tapi x bermaksud kte blh jdkan tu sbg alasan.

Humans have the tendency of making judgements which they think suit the events or problems that they face without thorough investigation. So, think first and don't just blurt out what the mind thinks...

for further reading, go to my blog and check out gossip

Friday, November 14, 2008

jom kita doa saudara2 kita...

Bismillahirrahmanirrahim...

kawan2....td nga penat wat ia...bosan2 online...ak terbaca satu atikel nh..menarik...so ...ak nk kowang bace n hayati gk...insyaAllah...



Mengenal Siapa Yahudi
Negara Haram Israel Tidak Akan Berkekalan
Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari zaman Nabi Allah SWT Musa a.s. sehinggalah zaman mereka berada di Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka.
Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, kita selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak lama lagi.
Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari negara itu. Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah SWT menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam surah Al-A'raf ayat 167 yang bermaksud:
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

Kejahatan Bangsa Yahudi Menurut Al-Quran


Ayat di atas menyebutkan bahawa azab dan tekanan akan terus menimpa mereka hingga ke hari kiamat. Berita-berita masa lampau tentang mereka sebelum Islam perlu diberitahu kepada mereka agar mereka sedar bahawa masa tersebut akan tiba dan kebenaran isi kandungan al-Quran sebagai wahyu Ilahi akan terbukti.
Ayat-ayat seperti ini memberi satu kekuatan berupa sokongan moral kepada umat Islam secara amnya dan bangsa Arab Islam khasnya agar berusaha memperkuatkan diri ke arah merealisasikan fakta ini.


Penindasan Ke Atas Yahudi Sebelum Islam


Tersebut dalam lipatan sejarah penjajahan ke atas Yahudi telah dimulakan oleh Raja Fir'aun Nikho dari Mesir. Selepas itu untuk kali keduanya mereka telah dijajah lagi oleh Raja Nabukadnesar (Bukhti-Nashar) dari Babil. Semasa penjajahan tersebut, raja dan tenteranya telah membinasakan habis-habisan Jerussalam termasuk Baitul Maqdis yang didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan menawan majoriti rakyatnya .
Inilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam ayat surah al-Isra' ayat yang bermaksud:
"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku".
Seterusnya pada tahun 203 sebelum Masihi pula menyaksikan penjajahan yang lebih teruk oleh raja-raja Syria malahan membawa kepada penahanan Yahuza yang menjadi raja Yahudi pada masa itu. Orang-orang lelaki dijadikan hamba abdi, manakala cukai-cukai yang tinggi turut dikenakan ke atas mereka.
Tidak cukup di situ Allah SWT membinasakan mereka apabila Rom menjajah pula selepas itu. Negara Palestin telah dimasukkan di bawah negara mereka. Pada tahun 70 Masihi, golongan Yahudi telah melakukan pemberontakan ke atas penjajah mereka iaitu Rom. Pemberontakan ini menemui jalan buntu. Akibatnya Rom telah mengeluarkan arahan kepada gabenornya di situ yang bernama Titus untuk membakar rumah-rumah ibadat Yahudi dan membunuh kebanyakan penduduk Yahudi dan menjual yang lainnya sehagai hamba.
Tidak lama selepas itu, Jerussalem pesat membangun semula. Kaum Yahudi mengambil kesempatan untuk memberontak buat kali kedua tetapi masih gagal. Adrian yang menjadi raja Rom akhirnya memerintahkan agar bandar Jerussalem dimusnahkan habis-habisan dan rakyatnya dibunuh. Ditaksirkan lebih 500,000 jiwa telah terkorban dalam peristiwa itu .

Penindasan Ke Atas Yahudi Selepas Islam


Apabila Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi telah menyusun beberapa konspirasi jahat ke atas Islam. Akibatnya, pelbagai tindakan tegas telah dikenakan terhadap mereka sehingga membawa kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi dan pengusiran keluar dari negara Islam Madinah.
Kemudian di akhir kurun ke 13, penindasan ke atas mereka masih berterusan. Pada kali ini negara Eropah pula yang bertindak menekan mereka. Sejarah telah menunjukkan bahawa kaum Yahudi pernah dibunuh di Sepanyol dan Portugal. Bahkan kepercayaan agama Kristian lama beranggapan bahawa menekan Yahudi adalah melambangkan keimanan yang sebenarnya.
Tekanan yang dihadapi menyebabkan Yahudi mencari perlindungan di Andalus. Pemimpin-pemimpin Islam di Andalus pada waktu itu memberi perlindungan politik kepada Yahudi sebagai satu cara untuk berdakwah kepada mereka. Namun panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Nikmat perlindungan rupa-rupanya tidak lama. Penganut-penganut Kristian telah berjaya menundukkan kuasa Islam di Andalus. Sekali lagi penyembelihan orang-orang Yahudi berlaku secara beramai-ramai. Mereka di halau keluar dari bandar-bandar seperti Balensia, Qordova, Gibraltar, Barcelona dan juga dari tempat-tempat lain. Seorang paderi besar Katolik di situ yang bernama Hernando Martins telah menyampaikan ucapan anti Yahudi dan mengarahkan agar unsur-unsur termasuk penganutnya dihapuskan.
Peperangan Salib telah meletus di Andalus dan kebanyakan orang yahudi dihapuskan. Ramai dari kalangan mereka telah dipaksa memeluk Kristian. Dalam tempoh kurang dari 3 bulan, setiap individu yang enggan masuk Kristian akan dihalau ke tempat lain luar dari Andalus. Sesiapa yang melanggar perintah akan dihukum bunuh .
Kebanyakan orang Yahudi yang enggan memeluk Kristian telah meninggalkan Andalus. Malangnya di tengah jalan para lanun telah menangkap mereka dan mereka dijadikan hamba untuk diperniagakan. Sesiapa yang terlepas pula jarang yang dapat hidup kerana diserang kelaparan dan penyakit berjangkit seperti taun dan lain-lain.
Walaupun menghadapi pelbagai penindasan, golongan Yahudi akhirnya berjaya juga menaja satu perhimpunan yang menghimpunkan sekitar 80,000 orang ahli. Mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke Portugal setelah mendapat pelawaan rajanya yang beragama Kristian dan bersikap terbuka. Setibanya di sana, raja yang selama ini bersikap terbuka, tiba-tiba berubah menjadi anti Yahudi selepas dipengaruhi golongan gereja yang selama ini menentang mereka. Semua golongan lelaki dewasa Yahudi telah dipaksa meninggalkan negara Portugal, manakala wanita dan anak-anak dipaksa menukar agama kepada Kristian.
Tekanan dan kezaliman ke atas Yahudi sebenarnya tidaklah terbatas di negara-negara seperti Sepanyol, Portugal dan Rom sahaja.
Malahan semua negara Eropah Kristian telah mengambil sikap anti-Yahudi secara terang-terangan. Di bawah dinyatakan peristiwa-peristiwa kezaliman yang berlaku keatas golongan Yahudi:
Di England, King Edwaard telah menghalau Yahudi beramai-ramai pada tahun 1290.
Di Perancis, King Phillip telah menghalau mereka dari Perancis pada tahun 1306. Menurut fakta sejarah, Raja Phillip kemudiannva telah membenarkan sebahagian daripada mereka untuk pulang ke Perancis selepas itu, tetapi keputusan diambil untuk menghalau semula mereka pada tahun 1394.
Di Hungary, golongan Yahudi telah dibuang negara beramai-ramai. Tetapi mereka memberanikan diri pulang semula sebelum dihalau kembali pada tahun 1582.
Di Belgium, mereka dihalau beramai-ramai pada tahun 1370.
Di negara Czechoslovakia pula, puak Yahudi dihalau pada tahun 1380. Mereka kembali semula untuk bermastautin pada tahun 1592. Malangnya pada tahun 1744, Queen Maria Theressa telah mengarahkan agar dihalau semula golongan Yahudi tersebut.
Di negara Austria pula, Raja Bright ke-5 telah menghalau mereka dari negara itu pada tahun 1420.
Di Holland, mereka dihalau dari Outricht pada tahun 1444.
Di Itali, mereka dihalau dari Napoli dan Sardina pada tahun 1540.
Di Jerman, golongan Yahudi dihambat dari Bavaria pada tahun 1551. Kemudian telah berlaku penindasan secara berterusan ke atas mereka oleh masyarakat berfahaman Nazi. Beratus ribu Yahudi telah terkorban dalam keganasan itu.
Di Rusia pula, rakyat tempatan telah berkerjasama menghalau orang-orang Yahudi pada tahun 1510. Golongan Yahudi beransur-ansur pulang selepas itu dengan harapan penduduk tempatan telah memaafkan mereka. Namun begitu, tekanan masih berterusan sehingga tentera Rusia turut masuk campur untuk menyembelih mereka beramai-ramai di Ukraine sepanjang tahun 1919.
Menurut kajian, lebih dari 100,000 Yahudi telah diragut nyawanya termasuk lelaki dan perempuan serta anak-anak mereka. Jalanraya telah dibasahi dengan darah mereka. Tentera telah melakukan kekejaman di luar batasan pemikiran manusia di samping mencincang lumat anggota badan mereka.

Mengapa Yahudi Ditindas?


Antara sebab penindasan dilakukan ke atas mereka adalah kerana sikap sombong dan tidak setia pada perjuangan. Masyarakat Kristian Eropah menyedari sikap yang ditunjukkan itu. Golongan Yahudi merupakan golongan yang tidak pernah kenal erti berterima kasih. Walaupun hanya menumpang di negara orang, perangai mereka tidak ubah seperti tuan yang memeras dan menganiaya golongan peribumi negara itu. Kemahiran berniaga telah menjadikan golongan Yahudi sombong dan tidak berperikemanusiaan.
Orang yang meminjam dan berurus niaga dengan mereka terjebak dalam sistem riba. Ekonomi yang berasaskan riba telah dimulakan oleh korporat-korporat Yahudi yang berjaya untuk memastikan terus menjadi kaya tanpa memikirkan nasib si miskin.
Perkara ini tidaklah menghairankan kerana menurut kepercayaan mereka seperti yang dijelaskan di dalam 'Talmud' iaitu tafsiran kepada kitab 'Taurat', ada dinyatakan secara terang-terangan bahawa riba halal dengan urus niaga bersama bukan Yahudi. Ini disebabkan Yahudi adalah anak-anak Allah SWT, manakala selain mereka adalah binatang berupa anjing dan babi. Justeru itu, mereka berhak melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi.
Disebut dalam Talmud lagi:
Pemilikan harta-harta oleh selain Yahudi adalah tidak sah. Jadi sesiapa sahaja di kalangan Yahudi boleh merampas hak tersebut.
Allah SWT (SWT) menganugerahkan ke atas mereka hak untuk bertindak sesuka hati ke atas bangsa-bangsa lain.
Kedudukan Yahudi ke atas bangsa-bangsa lain sama seperti kedudukan manusia ke atas binatang. Bangsa-bangsa lain memiliki sifat-sifat kebinatangan. Tiada siapa yang dapat mengajar mereka melainkan Yahudi.
Riba diharamkan sesama Yahudi, tetapi dihalalkan kepada selain mereka. Malahan menurut perlembagaan Talmud itu, HARAM memberikan pinjaman kepada bangsa lain tanpa dikenakan riba.

Penaklukan Palestin Oleh Rejim Haram Yahudi


Sebab utama penaklukan negara Palestin sebenarnya berpunca dari perancangan yang teliti oleh Persatuan Freemason Antarabangsa. Freemason melihat usaha begini penting bagi mengelakkan pupusnya spesis Yahudi dari persada dunia.
Takdir Allah SWT membenarkan mereka berjaya menakluk Palestin dengan restu gerakan Kristian sedunia dan bantuan mereka. Perkara ini berlaku dalam keadaan orang-umat Islam terutamanya masyarakat Arab sedang lalai. Persoalannya, sampai bilakah mereka akan berjaya mendominasi negara yang kecil itu. Mereka perlu waspada kepada masyarakat Arab yang berjumlah lebih 100 juta orang itu yang sentiasa mengingati sejarah buruk antara mereka dan Yahudi sepanjang zaman. Masa jua yang akan menentukan segala-galanya.

Penutup


Janji Allah SWT akan sampai bagi memastikan Islam akan tinggi semula dan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi akan kembali ke era kesusahan dan penindasan seperti keadaan asal mereka.
Kita meyakini usaha mereka mengumpulkan bangsa mereka di tengah-tengah negara umat Islam itu akan berakhir dengan penghapusan mereka secara terus dari muka bumi Allah SWT ini. Ini bersesuaian dengan maksud sebuah hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".
Janji Nabi pastinya benar. Peristiwa ini akan berlaku bagi menamatkan siri pengkhianatan Yahudi terhadap Islam dan manusia secara keseluruhannya.#
oleh yg demikian...walaupon kita tga sibuk2 blaja...ia..ee..wlit...n len2 asgment...jagn la kita lupe ada orang Islam di dunia luar yg perlukan doa dan sumbangan kita...sesungguhnya mereka memerlukan kekuatan dan ketabahan...Ya Allah..Kau lindungilah mereka...dan berikanlah mereka kekuatan, semangat jihad untuk berjuang di jalan Mu Ya Allah...InsyaAllah...

Lu pk r sendiri....


Lu pk r sendiri....

Tuesday, November 11, 2008

Amanat kelas buat Mu...















































Ariff and Hazirah..

Kami tahu kamu boleh
Percaya pada diri
Kamulah bakal NZ student from M07J
Kami amat berbangga dengan pencapaian anda
Jangan mudah putus asa
Semoga senyuman yang meniti dibibir....
tidak akan pupus
Semoga berbahagia dengan hala-tuju anda
Kami warga kelas mengucapkan 'Selamat Maju Jaya'
Dah fly,jangan lupakan kami 21 orang ni yang terkontang kanting
Semoga salah-silap kami harap diampun
sejak kita bergelar SAHABAT di M07J
dan..
berlapang dada lah
buang yang keruh ambil yang jernih

Buat Hazirah
Semoga tabah dalam menghadapi dugaan
Kami sentiasa dibelakang anda
Anytime Anywhere Anyhow Anywhat Anywho
Just give us a call we will be there for u
Semoga cepat sembuh
dan
Berbahagia di samping yang tersayang
Keceriaan kelas tidak mungkin dapat dinikmati
tanpaMU disisi kami
Kami memerlukan kesemua 23 orang untuk melengkapkan
KELUARGA M07J
Gud Luck IB exam

Buat Ariff
Semoga tidak kecil hati dengan gurauan kami
Sesungguhnya manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan
Salah silap kami mohon seribu kemaafan
Kami semua telah memaafkan segala kesilapan yang mungkin...
dilakukan anda
Kerana kami percaya
Berlapang dada merupakan ASET yang masih RELEVAN
untuk dipraktikkan di M07J
Gelak tawa manja tidak akan kedengaran lagi
jika tiadaMU di sisi kami.
Juga kami memerlukan kesemua 23 orang untuk melengkapkan
KELUARGA M07J
Gud Luck IB exam



Best wish
21 students of M07J

Saturday, November 8, 2008

5 TIPS UNTUK BUAT MAKSIAT

"Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:
"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.
"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"Ibrahim bin Adham berkata:
"Syarat pertama,
jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-NYA."Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:
"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham."Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim,
"kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya:"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan- Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.
Ibrahim menjawab:
"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan:"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?"Ibrahim pun menjawab:
"Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf.
Dia berkata:"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

Friday, November 7, 2008

sama-sama renungkan...

Wanita Solehah Penghibur hATI

WANITA SOLEHAH….
SENANTIASA TENANG JIWANYA
LANTARAN ITU
SENTIASA MEMBESARKAN TUHAN
DI DALAM SOLAT
DAN SUNNAH RASULULLAH
JADI JALAN KEHIDUPANNYA
MENJADI AKHBAR DAN HIBURAN
JANJI-JANJI ALLAH
JAMINAN KETENANGAN BUATNYA
SUMBER JIWANYA BEROLEH KEKUATAN
AGAR SABAR MENENTANG MUSIBAH
BERTEGUH MENJUNJUNG HUKUM HAKAM ALLAH
INILAH WANITA SOLEHAH
TIDAK MEMBIARKAN DIRI
MENJADI BUSAR PANAHAN SYAITAN
DIPERALATKAN UNTUK MENGUMPAN KAUM ADAM
MEMANDANGNYA....
MENYEJUKKAN MATA.....
DIRINYA TENTERAM
MEMBIARKAN HIBURAN
KIRANYA IA SEORANG ISTERI
KEPERIBADIAN MENGHIBUR SUAMI
SENTIASA MENGUNTUM SENYUM
DI HaDAPAN SUAMI
SANGGUP HIDUP BERDUA MATI BERSAMA
LANTARAN MENGHARAPKAN
KEREDHAAN ALLAH SEMATA-MATA
MEMADAI DENGAN APA YANG ADA
NATIJAHNYA,
LAHIRLAH JIWA SAKINAH
BERNAFSUKAN MUTMAI’NAH.
‘SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH'

untuk renungan bersama..

Pemuda Idaman Muslimah

Biarlah dia seorang yang buta
Kerana matanya sunyi
dari melihat perkara-perkara maksiat dan laghah
Kerana kedua matanya terpelihara
dari memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang
dalam memerhati keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat
kesengsaraan umat Islam
di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya

Biarlah dia seorang yang bisu
Bisu dari pujuk rayu
yang bisa mengoncang keimanan
Bisu dari mengungkapkan ungkapan
yang bisa meracun fikiran
Bisu dari perkataan
yang bisa mengundang kekufuran
Asalkan bibirnya
sentiasa basah mengingati Tuhan
Asalkan lidahnya
tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
dan dia lantang menyuarakan kebenaran

Biarlah dia seorang yang bakhil
Bakhil dalam memberi senyuman
pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa
untuk membuat temujanji
dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya
kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah
meluangkan masanya
untuk beribadah dengan Khaliqnya
Dia begitu pemurah
untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
bahkan nyawanya
demi melihat kalimah syahadah
Kembali megah di muka dunia

Biarlah dia seorang yang papa
Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah
dan tidak bermanfaat
Papa memiliki akhlaq mazmumah
Tetapi dia cukup kaya
dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq
dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar
dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya
dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada
yang syahid di jalan Allah

Tuesday, November 4, 2008

DIAM.....




Dakwah wajib dilakukan oleh setiap Muslim. pelbagai method bley dgunakan utk berdakwah. Seorang daie yg hebat mampu memanipulasikan hati manusia dengn kata-katanya. Dengn lenggok bahasa dan susunan kata yg indah mampu menyentuh emosi pendengar.
Natijahnya lidah merupkan organ yg berperanan utk mengikat hati2 manusia dlm stu akidah yg sme. Kelembutan lidah yg xbertulang mampu mencairkan hati pembeli stelah dpujuk oleh peniaga. Selain itu hati seorang hawa juga mampu ditawan dgn kata2 lelaki nista yg menipu,akhirnya sang hawa berteleku kecewa, mulut bermadah dengan hiba dan airmata menitis ke riba. semua ini adalah kekuatan lidah yang lembut, tidak bertulang, lembutnya memikat dan geraknya ligat. Inilah aset, atau boleh jadi suatu liabiliti bagi manusia bila dihisabkan peranannya demi akhirat
Namun lidah punyai bahayanya. Ia adalah salah satu daging antara dua yang diarahkan untuk di jaga dengan baik agar terselamat di akhirat kelak. Hadith falyaqul khairan au liyasmut menyuruh kita agar berkata baik atau diam sebagai penanda kita beriman dengan Allah s.w.t dan hari akhirat. Kerana lidah aib org kita hebahkan tanpa disedari. Kerana lidah kata2 menikam hati saudara yang len.Begitulah Allah Menciptakan, penuh dengan teka-teki agar manusia berfikir dan berwaspada agar redha Allah jua yang dicapai.
Ironinya pada lidah, dalam diamnya juga ia punya peranan. Menjadi dai’e yang mahir dan berseni dalam memanfaatkan lidah tidak bermakna perlunya manis saat berbicara, penuh kelembutan bahasa dan suara, tapi juga bijak untuk diam. DIAM. Di saat diamlah kita menyembunyikan pelbagai benda, di saat diamlah kita menjadi penadah airmata hiba, di saat diamlah kita menjadi orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.Begitulah kuatnya lidah. Begitulah kuatnya diam. Sehebat kata-kata, diam juga mampu membawa perubahan
Andai kata diam jatuh di tempatnya, ia kan menjadi usaha terindah bagi seorang dai’e. Belajarlah untuk diam, agar kurang bodohnya dai’e di hadapan manusia dan kurang azabnya dari Allah di hari akhirat kelak. Lidah itu suatu aset yang menguntungkan di saat bicaranya dan juga di saat diamnya. Pelajarilah diam dengan lebih bersungguh kerana terlalu lama sudah kita berbicara.

sekadar renungan untuk diri sendiri..agar yg len mengambil pengajaran

Teka teki tekak tekuk now with answer!

Assalamualaikum
Memandangkan most of our batch now pening memikirkan about too many 'forever' assignment,so ape kate kite main teka-teki.Just nk merenggangkan balik urat-urat kat kepala korang.Mane la tau,pasal teka-teki ni la,korang dapat cetusan idea bernas untuk buat assignment korang tu insyaAllah.lagipun,korang kn bijak..dak IB katakan.so xkan la teka-teki darjah satu ni xdapat jawab.Wahai manusia yang geliga,meh jawab teka-teki ni meh.sape dapat jawab ak blanje choki2.
cube teka.jangan pikir bukan2x.

no lucah2.kikiki.play safe :p

1) Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk

2) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai

3) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

4) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki

5) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik[haha sape dapat jawab ~legend]

6) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol

7) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?

8) Kangkang peluk, kangkang peluk, bila dah dekat climax pegang buah

9) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

10) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?

11)Hitam ,panjang,dipeluk dan diapit dua paha

12)Apa nama Sudirman masa kecil?

13)Rumah apakah yang gunakan banyak air?

14)Apa persamaan kain di jemuran dengan telefon [easiest one]

15)Kenapa pokok kelapa kat depan rumah perlu ditebang?

16)Gajah terbang dengan apa?

17)Tukang apa yang kalau dipanggil,dia jenguk ke atas?

18)Apakah persamaan antara Michael Jordan dengan Micheal Jackson

Walaupun jawapan teka-teki ni kadang2 x logik but somthym mende ni akan wat kite terpikir dan mengakui kebenarannya jugak.So meh perah otak!


7 Nov 2008

so the answerr for the question above is

1)yep its true the anwers is masukkan benang dalam jarum.piece of cake

2)bas sekolah.tapi betul jawapan sahabat kite,bas universiti lebih seswai.

3)milo ais

4)sebab kalo angkat due belah kaki,jatuh la die bai

5)bile ad 'game' kt stadium,lampu stadium terbukak.bile ade 'game' kt bilik,lampu bilik tertutup

6)aa semut mate bengkak [aa jgn marah aku]

7)motor pki tongkat

8)panjat pokok kelape

9)BINatang

10)bakar ikan tu ,so ikan BAKAR ialah jantan.mane ade betina name bakar ye x

11)seat motorsikal.

12)sudirboy..lalala

13)rumah terbakar

14)ble 'kring' ,kite angkat

15)
Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape..

16)dengan susah payah

17)tukang gali kubur

18)due2 xkenal korang

renung-renungkan dan selamat beramal