Wednesday, November 19, 2008

KALAU KAIL PANJANG SEJENGKAL…

Orang dulu-dulu selalu kata, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Mungkin bunyinya sangat cliché, tapi memang ada benarnya. Kita manusia dikurniakan akal, kepandaian dan juga keinginan. Namun semuanya berbeza-beza antara seorang manusia, dengan manusia yang lain. Variasi ini yang membuatkan hidup kita di dunia ini lebih harmoni, dan mampu mencapai keseimbangan yang hakiki. Ape yang aku merepek ni. Kita sepatutnya tahu ape kebolehan kita. Sejauh mana kita boleh memacu diri kita dalam dunia yang fana (bukan farhana) ini. Hanya kita sendiri yang tahu potensi kita Maka disinilah pepatah kalau kail panjang sejengkal itu memainkan peranan. Kalau kita tau potensi kita hanya tak lebih daripada secangkuk kail (macam aku), maka lautan Pasifik yang mengelilingi kepulauan Britain tu tak payah la cuba kita dugai. Bukan apa, cuba takut kail tu patah je sebelum sempat mencangkuk ikan2 besar dalam lautan luas tu. Lebih-lebih lagi kalau hanya kail itu sahaja yang kita mampu ada. Hanya satu kail kecil itu sahaja pemberian Ilahi untuk kita. Maka bila kail itu patah dalam cubaannya, maka hancurlah hati kita. Musnahlah harapan kita untuk mengintai kelibat Cristiano Ronaldo mahupun Robinho. Sudahlah hanya itu yang kita ada, patah lagi pulak. Pada masa itu mulalah kita menyesal kerana tidak mencuba kail itu di sungai Penang, sungai Ganges ataupun sungai Pragueyang kurang sikit kedalamannya dari lautan bergelora Selat Inggeris. Tiada U turn untuk kita, kerana apa yang kita ada, telah tiada. Penyelasan tiada guna, airmata darah sekalipun yang tumpah, tiada bezanya. Begitu hebat orang tua-tua dalam menasihati golongan muda. Bila kita tidak mendengarnya, kita terpaksa membayar dengan harga yang mahal...

1 comments:

Anonymous said...

:( ..