Dakwah wajib dilakukan oleh setiap Muslim. pelbagai method bley dgunakan utk berdakwah. Seorang daie yg hebat mampu memanipulasikan hati manusia dengn kata-katanya. Dengn lenggok bahasa dan susunan kata yg indah mampu menyentuh emosi pendengar.
Natijahnya lidah merupkan organ yg berperanan utk mengikat hati2 manusia dlm stu akidah yg sme. Kelembutan lidah yg xbertulang mampu mencairkan hati pembeli stelah dpujuk oleh peniaga. Selain itu hati seorang hawa juga mampu ditawan dgn kata2 lelaki nista yg menipu,akhirnya sang hawa berteleku kecewa, mulut bermadah dengan hiba dan airmata menitis ke riba. semua ini adalah kekuatan lidah yang lembut, tidak bertulang, lembutnya memikat dan geraknya ligat. Inilah aset, atau boleh jadi suatu liabiliti bagi manusia bila dihisabkan peranannya demi akhirat
Namun lidah punyai bahayanya. Ia adalah salah satu daging antara dua yang diarahkan untuk di jaga dengan baik agar terselamat di akhirat kelak. Hadith
falyaqul khairan au liyasmut menyuruh kita agar
berkata baik atau diam sebagai penanda kita beriman dengan Allah s.w.t dan hari akhirat. Kerana lidah aib org kita hebahkan tanpa disedari. Kerana lidah kata2 menikam hati saudara yang len.Begitulah Allah Menciptakan, penuh dengan teka-teki agar manusia berfikir dan berwaspada agar redha Allah jua yang dicapai.
Ironinya pada lidah, dalam diamnya juga ia punya peranan. Menjadi dai’e yang mahir dan berseni dalam memanfaatkan lidah tidak bermakna perlunya manis saat berbicara, penuh kelembutan bahasa dan suara, tapi juga bijak untuk diam. DIAM. Di saat diamlah kita menyembunyikan pelbagai benda, di saat diamlah kita menjadi penadah airmata hiba, di saat diamlah kita menjadi orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.Begitulah kuatnya lidah. Begitulah kuatnya diam. Sehebat kata-kata, diam juga mampu membawa perubahan
Andai kata diam jatuh di tempatnya, ia kan menjadi usaha terindah bagi seorang dai’e. Belajarlah untuk diam, agar kurang bodohnya dai’e di hadapan manusia dan kurang azabnya dari Allah di hari akhirat kelak.
Lidah itu suatu aset yang menguntungkan di saat bicaranya dan juga di saat diamnya. Pelajarilah diam dengan lebih bersungguh kerana terlalu lama sudah kita berbicara.
sekadar renungan untuk diri sendiri..agar yg len mengambil pengajaran
12 comments:
keseimbangan antara diam dan bersuara (mendengar dan bercakap) adalah elemen penting dalam komunikasi dua hala yang efektif =)
diam diam ubi berisi..diam diam besi berkarat..diam diam daie berzikir..diam diam arjuna melarat.
adiosz...=p
diam2 jugak,tp jangan diam tym econs lak.
diam2 si Lahuma,kan dah mati [sebab dok diam je xnk berubat kt spital]
so diam la for certain extent
Pujangga suka nasihat,
tariannya penuh bunga yang kembang penuh harum..
Pujangga kalau membaca hadis, pujangga perlu tahu sahihnya. Bagaimana pujangga tahu,melalui nama periwayat yang menari memberi nasihat..
Kalau hentak kaki berbunyi,pujangga tak nampak yang menari, pujangga takut itu hantu..
pujangga suka nak tahu siapa yang menari, sebab dengan tahu orang yang menari, bisa pujangga tanya kalau pujangga tak mampu ikut rentak..
Pujangga juga selalu memrhati tari syahdu para pendakwah..Pendakwah memang suka diam bila perlu, tapi pendakwah x pernah sembunyi bila menari, kerna tariannya itu perlu orang tahu, bisa orang merujuk kalau orang mahu menari tarian sama..
Maka, bisa pujangga tahu, siapa penari yang sedang berirama syahdu seorang pendakwah ini? boleh juga kalau pujangga ziarah belajar menari dari saudara..
mari kita mengkaji makna disebalik kata 'diam' kerana bagi diri ini diam membawa pelbagai erti. diam bukan bererti kalah. diam bukan bererti lemah. kita diam ada makna yang perlu kita selongkar pengertiannya. kita tidak bisa diam melihat orang sengsara namun mengapa kita terdiam bila kita terluka? juga sebaliknya. kerana diam telah mengikat naluri dan gerak tari kita sebagai penari kehidupan. jika langkah kita sumbang maka sumbanglah kehidupan kita kelak bukan sekadar di dunia yang nyata namun di alam akhirat yang ghaib kelak. maka fikirkanlah teman. diam bukan sebarang diam. adakala kita perlu diam. adakala kita perlu tidak diam. mimpi dan impian hanyalah fatamorgana yang bisa kita realisasi menjadi reliti andai diam kita diam yang berisi.
aaaahhhhhhhhhhhhhh.. salah letak nama....
cubalah beri comments yang senang dan mudah dibaca..
kalau boleh.. mudah untuk org membacanya..
komen2 yang diberikan terlalu memeningkan sampai xtau pe maksud comments tersebut..
tau la baru pas ioc..
banyak menggoreng..
tp xyah la nak terlalu merapu..
kita sedang berbincang sal hadis ni..
so.. kalau non-muslim bc komen yg
sangat susa difahami.. cmne la dia nak tertarik dengan Islam..
fikir - fikirkanlah
ioc da abes.
jom cakap bahasa kite blek.
kikiki
Hahhahaa..
Non Muslim bace x faham ke, anda yang x faham?
Hahhahha..x payah sembunyi belakang tabir, hentak kaki keluarga kiah bisa pujangga ertikan..
Tidakkah keluarga Kiah belajar sajak2 Usman Awang?
Masing2 punya cara menyampaikan mesej..tidak terlarang dek syariat,
asal bahasa masih tersusun sopan,
apalagi tiada cacian dan sia-sia..
Biar pujangga bermadah berlapik,
apa masalah keluarga Kiah?
X apa,
andai keluarga Kiah x erti,
bilang sama pujangga,
nanti pujangga terangkan, yek?
Jangan risau,
Dakwah itu,
andai saudara menerangkan sejela-jelasnya sekalipun,andai hati sang pembaca tidak terpaut tidak guna..
Tidak harus pula kalau pujangga bermadah puitis begini, mereka tidak pula terbuka akan hidayah Allah..
Hidayah bukan milik da'ie, tapi Allah..maka sebagai da'ie yang berdakwah...bisa saja menggunakan apa-apa cara yang berhemah tidak melanggar batas-batas agama dan tidak melampui garis alQ dan alH..
Hahahhahha..
keluarga Kiah banyak menari..
tidak letihkah?
x apa,
menarilah..
pujangga bisa menonton sampai ke akhir..
hahhahhaha
Whatever la Pujangga Sinis..
biar lah die dengan cara die.
kite kene hormati
respek!
post ni menarik
Post a Comment